arghh....i dont want to go tuiton..becoz....my homework unfinished yet...what should i do...i only want to watch KOREA....LOL...XDD
aduh...even account is quietly easy when u do some exercize...but...i'm very lazy to do it....huhh....maybe... the evil had enter into myself...waaaaa...i must handle it..they are sucks...!!! gonna leaving..daaa....
Friday, February 4, 2011
Thursday, January 27, 2011
i was very sad and shocked
imagine if u are in this situation..:
u didn't do anytin'...then..sumone u thought a good one had curse u from the back...
huh...
i was shocked when heard about that...very dipressed....because of this, i was not unable go the tuiton...had no apetite....only Allah and some of my friends understnd and support me...thanks...
u didn't do anytin'...then..sumone u thought a good one had curse u from the back...
huh...
i was shocked when heard about that...very dipressed....because of this, i was not unable go the tuiton...had no apetite....only Allah and some of my friends understnd and support me...thanks...
Tuesday, January 25, 2011
will u marry me..??
Hebatnya peraturan ALLAH..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Suatu hari yang memenatkan,aku menerima panggilan dari seorang lelaki ajnabi dan lelaki tersebut merangkap kepada Ayah Sahabatku.
Pakcik Mat : Assalammu'alaikum.Ini anak Humairah ke?
Jawabku : Iya,pak cik balasku.(memandangkan dia memanggilku dengan panggilan anak,tentu dia merupakan seorang pak cik.)
Pakcik Mat : Pakcik ni ayah kepada Hamzah.Humairah kenal kan sama anak pak cik itu?.
Jawabku : Betul pakcik,Saya kawan kepada Hamzah.Pakcik telefon sy sebab Hamzah ke pakcik?
Pakcik Mat : Begini nak,dah tiba masanya anak pakcik berkahwin.
(saat mendengar perkataan kahwin,jantungku berdegup kencang)
Anak pakcik meminta pakcik merisik Humairah walaupun pakcik tak mengenali anak ni siapa.Tapi pakcik yakin dengan pilihan anak pakcik.Jadi,pakcik nak meminta izin dari anak untuk menhantar rombongan meminang minggu depan.
"Ya Allah,dugaan apakah ini.."hati kecilku berbisik.
Jawabku : Pakcik,saya tak dapat berbuat keputusan sebab saya masih perlu meminta izin kedua
ibubapa saya terlebih dahulu.
Pakcik Mat : Pakcik dah berbincang dengan ibubapa nak kalau itu yang nak bimbangkan.Mereka
meminta pakcik memberitahu sendiri hasrat anak pakcik kepada nak terus.Jadi,pakcik
minta anak pakcik memberitahu hasratnya,takut-takut nak sudah berpunya.Anak sudah
berpunya?.
Aku hanya mendengar dengan teliti dan tidak berani untuk membantah.Jika ibubapaku memberi keizinan,aku hanya boleh berkata....
Jawabku : insyaAllah,saya belum berpunya lagi pakcik.Jika ibubapa saya dah memberi keizinan,
dengan izin Allah,pakcik boleh hantar rombongan meminang minggu hadapan.
Pakcik Mat : alhamdulillah..kalau begitu,pakcik undur diri dulu.Terima kasih nak.
Jawabku : sama-sama pakcik.assalammu'alaikum
Berakhirlah perbualan antara aku dan ayah akhi Hamzah.Aku mengeluh seketika.Terasa ujian kali ini begitu berat.
"Ya Allah,jika benar Engkau mentakdirkan dia sebagai dahanku berpaut,permudahkanlah urusan hambaMu ini ya Rabbi."hatiku bersuara lagi.
"Humairah,kenapa ni?.ana tengok anti macam ada masalah besar je."tanya housemateku."Minggu depan,ayah akhi Hamzah datang meminang"balasku ringkas tapi cukup membuatkan housemateku Farhana terkejut.
"alhamdulillah,baguslah tu anti.Kan ana dah kata dulu,akhi Hamzah memang ada hati dengan anti."usiknya sambil memelukku.
Aku tak membalas,hanya diam membisu.
"Kenapa ni,anti?.Macam tak hepy je."soalnya lagi.
Aku mengeluh.Terasa lidah ini berat mengeluarkan kata.
Firman Allah S.W.T dalam surah 24:26 mafhumnya:
“Perempuan2 yang keji untuk lelaki2 yang keji dan lelaki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji.Perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik dan lelaki2 yang baik2 untuk perempuan2 yang baik.”
Ukhti Farhana membacakan ayat suci al-Quran tersebut kepadaku.
Aku memeluknya dan menangis dibahunya dan mengucapkan "syukran ukhti.syukran kerana memahami."
Malam semakin kelam,hatiku resah dan gelisah.Segeraku mengambil wudhu untuk memanjat doa pada Yang Maha Pengasih.Akhirnya,aku tertidur diatas sejadah selepas mengadu pada Yang Selayaknya.
Keesokannya,
"Tahniah ukhti.kami dengar anti rombongan akhi Hamzah bakal masuk meminang.Alhamdulillah..Lepas ni,boleh la lahirkan Baitul Muslim".ucap housemateku Masyitah.
"InsyaAllah,kita tunggu dan lihat je ya?.Jika Allah mengkehendaki,insyaAllah.." hanya itu yang mampu ku jawab buat masa ini.
Ibu telah menelefonku semalam untuk memberitahu rombongan meminang ini.Ibu memberitahuku,jika aku sudi..pinangan itu janganlah ditolak.Aku menjawab,"InsyaAllah,ibu."
Sewaktu di Universiti,
ketika aku berjalan bersama-sama Ukhti Farhana disekitar U,kami tersempak dengan Akhi Hamzah dan Akhi Ikhwan.
Aku hanya menundukkan kepala.Terasa malu ketika itu.Setelah melepasinya,barulah aku mengangkatkan kepalaku dan kelihatan Ukhti Hafizah tersenyum melihat keadaanku.
"Nampaknya,ada orang tengah malu ini".usiknya."anti.jangan biarkan zina hati bercambah sebelum bernikah."balasku,tanda tidak menyenangi."Maaf ukhti.Lain kali tak buat lagi."jawabnya dengan rasa serba salah.Aku tersenyum dan berbicara."Ana tak marah cuma tak menyukai."
Dalam Kelas,
Suasana dalam Dewan Kuliah cukup membingitkan telingaku yang tengah study.Akhirnya,aku membuka laptopku dan membuka email.
Aku terima satu pesanan email dari sahabat perantauanku,Aisyah di Jordan.
"Dengan Nama Allah Yang Pengasih Lagi Penyayang.Khaifa haluki?.Sungguh,ketika menaip email ini..ana begitu rindukan negara Malaysia dan orang-orang yang ana tinggalkan.Ana rindukan ukhwah kita,ukhwah yang begitu indah kerana Allah ini.Anti,ana ingin menyampaikan satu perkara kepada anti.Ana harap ketika anti membaca email ini,anti sudah bersedia sepenuhnya.
Bacaanku terhenti.Aku tertanya-tanya,apakah yang hendak disampaikan sahabatku ini.Lalu,aku meneruskan bacaanku dengan membaca Basmalah.
Ukhti,minggu depan bersamaan hari Isnin..Akhi Fairuz bakal menjejakkan kaki ke Malaysia.Dia meminta ana menyampaikan hasratnya melalui orang tengah,untuk menghantar rombangan meminang pada hujung minggu depan.
"Ya Allah.."hati kecilku berbisik lagi.Aku menyambung pembacaanku yang terhenti.
"Anti,ikhwah ini adalah ikhwah yang disegani di daerah Jordan ini.Janganlah anti menolak pinangan ini.Ana tahu pemergian akhi Fairuz meninggalkan bumi Malaysia suatu ketika dulu,menggugat rasa dihati anti..tapi percayalah,jika Allah mentakdirkan hati anti dengan hati dia bersatu..semuanya kerana Allah."
Aku menangis sewaktu membacanya.Semakin berat ujian Allah kepadaku.Sahabatku,Ukhti Farhana yang melihat keadaanku cuba bertanya.Aku meminta kepadanya untuk bersendiri buat masa ini.Tiba-tiba Pensyarah masuk.Suasana dalam kelas sunyi seketika.Aku tak dapat tumpukan perhatian pembelajran pada hari ini.Kenangan lalu mulai menerjah ke dalam kotak memoriku.
***Sewaktu Form 5
"Spm dah makin dekat.Kita patut buat study group." ujar ketua kelasku Akhi Fairuz.
"betul tu.."sahabat-sahabat yang lain menyahut."Kalau boleh biarlah study group kita ni,bersandarkan kepada Allah.Elakkan study group antara lelaki dan perempuan,jika boleh."
Itulah Akhi Fairuz.Pimpinannya disegani semenjak dia aktif dalam kerja dakwah disekolah.Sahabatku Aisyah,sebagai pembantu dakwah kanannya dan aku sebagai pembantu dakwah kirinya.Kami bertiga sering kali dijadikan bahan gosip memandangkan kami sering berdiskusi soal islam bersama-sama.
Dakwah kami disekolah tidak disenangi oleh pelajar-pelajar non-muslim.Walaupun begitu,kamu cuba merapati mereka untuk mengeratkan ukhwah sambil berdakwah secara perlahan-lahan.
Akhirnya,tibalah masa yang kami nantikan "SPM".Masing-masing bertungkus lumus mengerah otak mengingat semula apa yang dibaca dan diajar.Selepas berakhirnya SPM,akhi Fairuz menyampaikan kepada kami bahawa dia bakal berpindah ke luar negara pada esok hari.Kami sekelas yang mendengarnya terkejut.Ramai yang menangis kerana pengumumannya itu.Segala-galanya telah dirancang tanpa memberitahu kepada kami.Jamuan turut telah disediakan olehnya.Ada juga yang berkecil hati dengan tindakannya kerana tidak diberitahu terlebih dahulu tentang ini.Dengan lembut akhi Fairuz berkata"ana tak nak menganggu masa study kalian.".Itulah kali terakhir aku bersua dengannya.Sebelum dia menaiki kapal terbang ke luar negara ,"dia sempat menghantar sms kepada sahabatku Ukhti Aisyah untuk memberitahu kepadaku,
"tunggu ana untuk berjuang bersama-sama di medan dakwah ini."Aku tidak memahami ayat sms ini.Namun,Ukhti Aisyah memberitahuku,Akhi Fairuz sudah lama menyimpan perasaanku tapi demi Allah,dia ingin pelihara hatinya."
Selama 5 tahun sudah berlalu dan selama 5 tahun itu,aku tidak pernah berhubung sekalipun dengan Akhi Fairuz..Aku kini sedang menyambung Ijazah Sarjana Muda PI dengan kepujian di Universiti Malaya.Manakalah sahabatku Aisyah,menjejakkan kaki ke Jordan.Aisyah pernah memberitahuku ketika dia berada disana,dia satu U bersama dengan Akhi Fairuz.. cuma mereka berlainan Kos.Akhi Fairuz,menyambung pelajarannya sebagai seorang Doktor dan Ukhti Aisyah dalam bidang Undang-Undang.Tahun ini pula adalah merupakan tahun akhir pengajianku.
******************************************************************************************
********
Di Surau U,
"Humairah,kenapa anti menangis tadi?."Lamunanku terhenti."Nanti ana ceritakan sama ukhti tp sekarang ana perlukan ruang untuk tenangkan fikiran."balasku."Baiklah,bila anti dah ready ceritakanlah pada ana." jawab sahabatku Ukhti Farhana.
Aku mengambil wudhu dan menunaikan solat Hajat 2 Rakaat.Aku ingin mengadu kepada Khaliq ketika ini.Ujian ini terasa berat bagi aku sebagai seorang hamba Allah yang kerdil dihadapanNYA.
Ya Rahman,
Engkau Yang Maha Pengasih,
telah memberikan kasih kepada kami
untuk menyayangi antara satu sama lain.
Engkau memberikan aku perasaan
dihargai dan disayangi oleh manusia disekelilingku,
janganlah Engkau buatkan aku lemah diatas ujian ini.
Teguhkanlah imanku,Sabarkan hatiku menghadapinya.
Jadikanlah aku seorang hamba yang tahu bersyukur.
Ya Hadi,
aku memohon petunjuk dariMu,
Sekiranya benar salah seorang daripada mereka
tercipta untukku
Berikanlah aku petunjuk dan mudahkanlah urusanku dalam membuat pilihan Ya Rabbi..
amin,Ya Rabbal a'lamin.
**************************************************************************************************
Aku menceritakan masalah yang ku hadapi dengan housemateku.Mereka mendengarnya dengan penuh smpati ke atas ujian yang menimpaku satu persatu.Allah Maha Mengetahui,bersabarlah...Itulah nasihat mereka.
Hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba.Aku telah memberitahu ketiga-tiga pihak iaitu ibubapaku,keluarga akhi Hamzah dan keluarga akhi Fairuz.Aku tak boleh salahkan kedua-dua pihak atau sesiapa pun dalam hal yang berat ini.Aku mengambil inisiatif untuk menyerahkan urusan kepada orang tuaku.Sesiapa pun orangnya,aku akan menerimanya dengan seadanya.
2 rombangan meminang telah datang ke rumahku serentak.Masing-masing berhajat untuk menyunting diri bunga di taman.Ayahku memulakan bicara dengan 2 rombangan tersebut dengan memohon maaf kerana semuanya sesuatu yang tak dirancang.
Aku duduk didalam bilik dengan perasaan yang berdegup kencang.Semuanya ku serahkan kepada ibubapaku untuk memilih calon menantu mereka.Bagiku,pilihan orang tua lebih baik daripada pilihan sendiri.Aku takut tersalah memilih terutama sesuatu ku rasakan berat ini.
Ayahku masuk ke dalam bilikku dan menyampaikan kepadaku rombongan pertama yang diterima.Aku terkedu.Ini bermakna rombongan akhi Hamzah.Aku teringat akhi Fairuz,segeraku beristighfar.Aku tak boleh membiarkan hari bahagia ini dicemari.
"Ya Allah,jika benar dia orangnya.Redhoilah kami ya Rabb.Moga keputusan ini tidak melukakan hati sebelah pihak lagi".
Ayah dan ibuku masuk ke bilikku seperti ada sesuatu yang ingin dibicarakan.Rupa-rupanya,pihaksebelah lelaki yang diterima meminta untuk mengadakan nikah gantung selepas zohor ini.MasyaAllah,aku terkejut.
"Tapi ibu...Humairah masih bersedia lagi.Lagipun,semua ini tergesa-gesa bu." aku cuba berbicara dengan ibuku.
Ayahku membalas."Kita adakan nikah gantung ini untuk menjaga kedua-dua pihak.Ayah berharap kamu bersetuju dengannya.Apatah lagi,pihak pengantin lelaki amat mengharapkannya."
Memandangkan aku anak tunggal kepada keluargaku,aku belum bersedia berpisah dengan kedua orang tuaku.Aku teringat dengan Ukhti Aisyah selepas membalas emailnya tempoh hari,dia membalas kembali dengan memberikanku tazkirah tentang penjagaan wanita dan lelaki bakal bertunang dan mendirikan rumahtangga.Dia berdoa,moga bakal suamiku kelak adalah seseorang yang boleh membimbingku.
Aku meminta diberikan sedikit masa sebelum membuat keputusan yang berat itu.Aku menelefon Ukhti Aisyah yang berada di Jordan ketika inj.
Humairah(Aku) :Assalammu'alaikum Ukhti.Ana ingin meminta pendapat anti.
Ukhti Aisyah : wa'alaikumsalam ukhti.kenapa nie?..
Lalu,aku menceritakan segala-galanya dari A-Z.
Ukhti Aisyah : Berkahwinlah ukhti.Lagipun,tahun ni adalah tahun akhir pengajian ukhti.Itu lebih baik agar tidak timbul fitnah.Apatah lagi,Ukhti dan Akhi satu U.
aku terdiam."Mungkin kalau bukan satu U,kami tak kan bernikah." hati kecilku berbisik.Aku makin keliru.
“Dan diantara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih sayang.Sungguh,pada yang demikian terdapat kekuasaan Allah,jika kamu berfikir”(Surah ar-Rum:21)
surah tersebut dibaca oleh Ukhti Aisyah.Akhirnya,aku mengiyakan kata-katanya.Mungkin itu yang lebih terbaik.
Sebelum aku mengakhirkan perbualan telefon,ukhti Aisyah menanyakan padaku keadaan akhi Fairuz.Aku diam sebentar.
"Mungkin ada lagi akhowat diluar sana yang lebih layak buat dirinya".
"Anti bersedih?".soalnya lagi.Aku mengeleng."Ana tak bersedih kerana ana tahu ana tak layak buat dirinya dan ana yakin apa yang diberi oleh Allah sekarang adalah terbaik buat ana."
******************************************************************************************
********
Selepas menunaikan solat Zohor,Tok Kadi datang ke rumahku.Aku sujud syukur kepada Allah dipermudahkan urusan dan menunaikan solat hajat 2 Rakaat,moga ditetapkan hati.Aku bersiap dengan bantuan-bantuan sahabatku.Majlis pernikahanku berlangsung dengan serba sederhana.Saudara-saudaraku dan jiran-jiran terdekat dijemput hadir.Makanan dihidangkan menggunakan tempahan cafe.Walaupun tergesa-gesa tapi aku bersyukur kepada Allah kerana urusanku dipermudahkan olehNya.
Aku bernikah dengan memakai jubah.Itu keinginanku dari dulu lagi.Hantaran bagi pihak perempuan untuk lelaki tidak ada kerana pihak lelaki tidak memerlukannya atau mungkin sebab,pihak pengantin tak sempat menyediakannya.Sahabat-sahabat housemateku datang menghampiriku.Mereka mengucapkan tahniah kepadaku.Aku tersenyum tersipu malu.
Sewaktu akad nikah dilangsungkan,aku berada dibilik bersama ukhti Farhana.Aku
tidak berada diruang tamu sewaktu akad nikah dilakukan kerana itu permintaan pihak lelaki.Aku bersyukur kerana aku juga mengharapkan sedemikan rupa kerana masih belum bersedia secukupnya.
Akad nikah telah termetri antara kami dengan satu lafaz sahaja.Itulah kata-kata yang aku dengar daripada Ukhti Farhana.Selepas ini adalah acara membatalkan air wudhu.Debaran dihatiku kian terasa.Terasa ingin tercabut jantungku pada ketika itu.Pihak pengantin lelaki masuk ke kamarku dan aku hanya menunundukkan kepalaku.Selepas disarungkan cincin ke jari manisku,aku pula menyarungkan cincin ke jari Suamiku tanpa memandangnya.Dahiku dikucup oleh suamiku sambil mengucapkan alhamdulillah.Aku memberanikan diri untuk memandang suamiku kerana aku terdengar usikan-usikan daripada orang disekelilingku menyebut nama Fairuz bukan Hamzah.Sewaktu memandangnya,air mataku menitis.Benarlah,Allah adalah sebaik-baik perancang."Muhammad Fairuz bin Muhammad Kamil"adalah suamiku.Dia tersenyum memandangku dan mengucapkan "salam rindu dari kejauhan.Semoga Allah merahmati rumahtangga kita ini"Aku terkedu dan menangis teresak-esak dibahunya.
Aku terpandang akhi Hamzah ketika itu.Aku memohon maaf kepadanya.Dia berkata padaku,
“Perempuan2 yang keji untuk lelaki2 yang keji dan lelaki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji.Perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik dan lelaki2 yang baik2 untuk perempuan2 yang baik sahaja.Anti memang layak untuknya.”Aku tersenyum mendengarnya.
Aku memberanikan diri memandang mata suamiku dengan perasaan tulus lalu mengucapkan "saya adalah isteri yang bertuah kerana bernikah dengan seorang suami yang tak pernah membuatkan hatiku berpaling dariNya semenjak perkenalan kami."
Berita yang gembira ini ku sampaikan kepada Ukhti Aisyah di Jordan.Dia mengucapkan tahniah kepadaku dan berpesan kepadaku,
"Sesungguhnya kita hanya merancang,Allah yang menentukan.Allahuyubarik fikuma"
**************************************************************************************************
Mulahazoh(Peringatan):
Perkahwinan bukanlah sesuatu urusan yang mudah.Saat akad nikah termeterai,saat itu jugalah tanggungjawab yang digalas bukan mudah.Semuanya memerlukan pengorbanan.Yang ingin bernikah sewaktu belajar,sediakan mental dan fizikalmu dan paling utama bekalan iman dan Taqwa.Belajar dan bernikah adalah perkara yang berlainan tetapi ianya boleh disatukan kerana kedua-duanya adalah satu ibadat.
Yang belum ready bernikah,tanyalah diri kalian..bilakah anda akan bersedia kalau persediaan itu tidak dimulakan dari sekarang?.Janganlah bernikah kerana apabila melihat orang lain bernikah,anda juga ingin bernikah tapi lihatlah pada persediaan diri yang secukupnya.Capailah mardhotillah Allah dalam ruamhtangga yang terbina itu.
wallahu'alam.
You wouldn't answer my call
Eventhough I know how much u hate it
There's nothing else for me to do
In front of your house, I wait helplessly for u
No matter, No matter how miserable I am
There's nothing bigger I can lose than losing u
In the same place, In front of ur house, I wait
To u who doesn't answer my calls anymore
To u who doesn't even try to see me
No matter how much I beg, How much I seek for forgiveness
Eventhough it is useless
I stand waiting in front of ur house
Even if u pretend u don't even notice me
And u pass by me as If was someone u see for the first time
Until u hear my words " I'm sorry "
In a day I looked at the phone thousands of times
And at one small sound
I check so many times to see if it was message of u
At first, At first that like after an usual fight
I thought u would come back
That u were too kind to leave me this hardly
Subscribe to:
Posts (Atom)

